Malaysian Tigress perlu tajam hadapi Bangladesh 

Malaysian Tigress perlu tajam hadapi Bangladesh 

AKSI skuad hoki wanita kebangsaan ketika membelasah Kazakhstan 5-0 dalam saingan Sukan Asia 2026 Aichi-Nagoya, kelmarin. - IHSAN PERSEKUTUAN HOKI ASIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara perlu tampil lebih garang berdepan Bangladesh dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Ketua jurulatihnya, CR. Kumar berkata, persembahan anak buahnya pada aksi pertama menentang Kazakhstan di Stadium Gifu Prefectural Green itu masih belum mencapai tahap yang diharapkan, terutama dari aspek penyudah meskipun membuka kempen dengan kemenangan 5-0.

Katanya, faktor aksi pertama selepas tempoh lama tanpa kejohanan antara perkara yang mempengaruhi rentak pasukan, namun beliau percaya pemain mampu memperbaiki kelemahan ketika menentang Bangladesh hari ini.

“Bagi saya, perlawanan hari ini kurang memuaskan, mungkin faktor aksi pertama dan juga sudah lama tiada kejohanan tetapi pemain tetap memberikan prestasi terbaik mereka.

“Hari ini kami ada tujuh pukulan sudut penalti (PC) tetapi cuma jaringkan satu dan pada masa sama gagal menyudahkan satu penalti stroke. Kadang-kadang ia boleh merugikan kita dari segi jumlah jaringan.

“Mereka (Kazakhstan) bermain secara defensif, tidak cuba untuk menyerang, jadi pemain perlu lebih bijak mengawal emosi dan diri. Saya harap kita akan bermain lebih baik aksi seterusnya menentang Bangladesh nanti,” katanya.

Meskipun menang besar, Malaysia sebenarnya mempunyai ruang untuk menghasilkan lebih banyak jaringan selepas memperoleh tujuh PC dan dua penalti stroke sepanjang perlawanan.

Kemenangan itu bagaimanapun menjadi suntikan penting buat Malaysian Tigress dalam usaha memburu tiket ke kelompok empat terbaik buat kali pertama selepas sekadar menamatkan saingan di tempat kelima dalam lima edisi berturut-turut sejak 2006 di Doha, Qatar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×