Ker Ying-Yiat Qing hampir raih perak

Ker Ying-Yiat Qing hampir raih perak

Ong Ker Ying-Lee Yiat Qing (kanan) pada upacara penyampaian pingat dala acara 3 meter papan anjal di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia hampir membawa pulang pingat perak dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Aichi, namun dikecewakan pasangan Korea Selatan, Kim Su Ji-Kim Nah Yun pada terjunan terakhir.

Keputusan itu memaksa gandingan negara, Ong Ker Ying-Lee Yiat Qing berpuas hati dengan pingat gangsa, semalam.

Pasangan negara mengumpul 243.72 mata keseluruhan di Pusat Akuatik Tokyo untuk menghadiahkan pingat gangsa kedua skuad terjun negara pada temasya kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pingat emas menjadi milik pasangan China, Chen Yi Wen-Chen Jia yang menguasai pertandingan dengan kutipan 328.56 mata, manakala Korea Selatan menerusi Su Ji-Nah Yun meraih perak selepas mengumpul 254.70 mata.

Persaingan merebut perak berlangsung sengit apabila selepas empat pusingan, wakil Korea Selatan hanya mendahului Malaysia dengan kelebihan 5.58 mata.

Harapan negara untuk memintas kedudukan itu masih terbuka, namun terjunan penutup menjadi pemisah apabila Ker Ying dan Yiat Qing meraih 52.20 mata, sementara pasangan Korea Selatan menghasilkan terjunan lebih kemas untuk mengutip 57.60 mata sekali gus mengesahkan pingat perak.

Pengarah Teknikal Terjunan Renang Malaysia, Yeoh Ken Nee mengakui peluang untuk meraih perak berada dalam genggaman, namun lawan lebih cemerlang pada saat penentuan.

“Kita ada peluang untuk meraih perak tetapi terjunan terakhir Korea Selatan lebih baik daripada kita, jadi kita terlepas peluang itu,” katanya kepada MSN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×