Eain Yow pertahan emas, layak ke Olimpik

Eain Yow pertahan emas, layak ke Olimpik

Ng Eain Yow menjadi atlet pertama di dunia menempah tiket Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles selepas memenangi pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2028 di Nagoya, Jepun, hari ini. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow menjadi atlet pertama di dunia menempah tiket Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles selepas memenangi pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2028 di Nagoya, Jepun, hari ini.

Anak jati Kuala Lumpur yang menghuni ranking No. 18 dunia itu menewaskan wakil India, Abhay Singh 11-9, 11-5, 11-5 dalam masa 33 minit pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Nagoya Kinju-Futo Arena.

Skuasy yang bakal melakukan penampilan sulung pada Sukan Olimpik, menawarkan tiket automatik kepada pemenang pingat emas Sukan Asia dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, kejayaan yang diukir Eain Yow tersebut melayakkan dia beraksi pada temasya terbesar di dunia itu walaupun tidak berada dalam ranking lapan terbaik dunia.

Eain Yow yang juga mempertahankan gelarannya pada Temasya Hangzhou, empat tahun lalu, menghadiahkan pingat emas kelima buat Kontinjen Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×