211 ahli FIFA bakal dapat lebih dana 

211 ahli FIFA bakal dapat lebih dana 

GIANNI INFANTINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino memberi bayangan sebanyak 211 ahli gabungan badan induk bola sepak dunia itu bakal menerima peningkatan dana dengan jumlah tambahan yang lebih besar.

Cadangan berkenaan akan dipertimbangkan oleh Majlis FIFA dalam mesyuarat yang dijadual berlangsung pada 15 Oktober ini.

Dalam surat yang dihantar kepada presiden enam konfederasi benua FIFA semalam, Infantino berkata, beliau akan menyokong jumlah pembiayaan tambahan terbesar yang boleh disalurkan kepada ahli gabungan badan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, peningkatan pembiayaan tersebut selari dengan matlamat FIFA untuk meningkatkan pelaburan dalam pembangunan bola sepak.

“Cadangan komersial terbaharu yang kini telah ditarik balik itu bertujuan membolehkan FIFA melabur lebih banyak dalam bola sepak,” tulis Infantino.

Kenyataan itu merujuk kepada cadangan yang telah dibatalkan untuk menjual sebahagian hak komersial Piala Dunia lelaki dan wanita, yang sebelum ini mencetuskan kritikan terhadap kepemimpinannya.

Cadangan berkenaan turut mendorong gesaan daripada beberapa pihak supaya Infantino meletakkan jawatan, susulan kebimbangan terhadap penglibatan pelabur swasta dalam aset komersial Piala Dunia.

Pada 18 September lalu, Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin dan Presiden Konfederasi Bolasepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF), Victor Montagliani mencadangkan setiap ahli gabungan FIFA menerima AS$10 juta (RM40 juta) bagi tempoh 2027 hingga 2030.

Infantino kemudian memberi isyarat bahawa beliau bersedia menyokong jumlah pembiayaan tambahan yang lebih besar, tertakluk kepada proses tadbir urus FIFA.

“Saya akan menyokong jumlah pembiayaan tambahan terbesar yang boleh disalurkan secara bertanggungjawab melalui proses tadbir urus FIFA yang sewajarnya,” katanya.

Pada awal September, FIFA mengesahkan Infantino akan bertanding untuk mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan yang dijadual berlangsung pada Mac tahun depan.

Pemilihan itu berlangsung ketika Infantino berdepan kritikan susulan cadangan pelaburan swasta dalam hak komersial Piala Dunia yang kini telah ditarik balik. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×