Kane sedia kekal bersama Bayern

Kane sedia kekal bersama Bayern

Harry Kane
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane mengesahkan rundingan untuk melanjutkan kontraknya bersama gergasi Bundesliga itu sudah bermula, memberi petanda bahawa masa depannya masih bersama juara Jerman berkenaan.

Kane memaklumkan perkara itu selepas membantu Bayern membelasah Stuttgart 5-1 pada aksi pembukaan Bundesliga di Allianz Arena, dengan kontraknya ketika ini dijadual berakhir pada tahun 2027.

Menurut kapten England itu, perbincangan awal antara kedua-dua pihak telah berlangsung minggu lalu dan berjalan dalam suasana yang positif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada usia 33 tahun, Kane masih kekal sebagai antara penyerang paling prolifik di Eropah dan turut disebut-sebut sebagai calon utama untuk memenangi Ballon d’Or yang bakal disampaikan di London, bandar kelahirannya, bulan ini.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur itu bagaimanapun mengakui masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum sebarang persetujuan dapat dimuktamadkan.

“Saya berusia 33 tahun. Ini mungkin bukan kontrak terakhir saya, tetapi ia adalah kontrak yang besar untuk saya tandatangani.

“Mereka perlu memastikan saya gembira. Sudah tentu, mereka juga perlu memastikan mereka gembira. Tiada tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya yakin kami akan mencapai satu titik di mana kedua-dua pihak berpuas hati,” jelasnya.

Bayern sebelum ini beberapa kali menyuarakan hasrat untuk mengekalkan Kane lebih lama selepas penyerang itu membuktikan nilainya sejak menyertai kelab berkenaan daripada Tottenham pada 2023. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini