Jangan pandang rendah kemampuan Laos

Jangan pandang rendah kemampuan Laos

Ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengadakan sidang akhbar Piala ASEAN 2026 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Syafiq Ahmad. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya diingatkan tidak memandang rendah Laos biarpun lawan itu dibelasah 5-0 oleh Thailand dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala ASEAN 2026.

Jurulatih sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, Laos memiliki barisan pemain muda yang bekerja keras dan mampu memberi ancaman menerusi serangan balas pantas, sekali gus memerlukan Harimau Malaya tampil lebih berwaspada.

“Kami sudah menganalisis permainan Laos. Walaupun mereka tewas kepada Thailand, kami tetap perlu menghormati mereka kerana mereka mempunyai pasukan yang muda dan bersemangat tinggi.

“Mereka pasti tidak mahu tewas buat kali kedua. Kami tidak boleh kehilangan bola dengan mudah di kawasan sendiri dan perlu lebih tajam di hadapan pintu gol,” katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan, semalam.

Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan 2-1 ke atas Myanmar dan Cheng Hoe berharap, momentum itu dapat diteruskan dalam aksi kedua menentang Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Bagaimanapun, bekas pengendali Selangor FC itu mengakui keadaan fizikal pemain akan dinilai terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada mengekalkan kesebelasan utama atau melakukan rombakan.

“Kami gembira meraih tiga mata dalam perlawanan pertama, tetapi perjalanan masih panjang dan masih ada beberapa lagi perlawanan sukar menanti.

“Kami perlu memastikan semua pemain berada pada tahap kecergasan terbaik sebelum membuat keputusan mengenai barisan yang akan diturunkan,” katanya.

Menurut Cheng Hoe, gabungan pemain berpengalaman dan muka baharu memberi dimensi berbeza kepada pasukan, malah pemain senior memainkan peranan penting membimbing pemain muda menyesuaikan diri di pentas antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN