Arteta sasar takluk Eropah

Arteta sasar takluk Eropah

Mikel Arteta
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kejayaan menamatkan kemarau 22 tahun menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu tidak cukup memuaskan hati Mikel Arteta apabila pengurus Arsenal itu kini memasang impian lebih besar untuk membawa kelab berkenaan menguasai pentas Eropah.

Arteta berkata, kejuaraan liga yang diraih musim lalu bukanlah destinasi terakhir Arsenal, sebaliknya ia merupakan permulaan kepada satu era baharu yang menuntut lebih banyak kejayaan dan trofi pada masa depan.

Menurutnya, kejayaan tersebut telah meletakkan standard baharu dalam pasukan dan setiap pemain perlu mengekalkan mentaliti juara jika mahu terus bersaing dengan kuasa besar bola sepak dunia.

“Ini perlu menjadi titik permulaan dan standard kami. Kecemerlangan itu pemangkin untuk kami terus memburu kejayaan masa depan,” kata Arteta.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, budaya kerja dalam pasukan juga perlu berubah selaras dengan status baharu Arsenal sebagai juara England, selain menuntut komitmen lebih tinggi daripada setiap pemain.

“Cara kami bekerja setiap hari perlu dipenuhi dengan lebih azam dan cita-cita kerana kami sudah membuktikan kami memiliki kemampuan itu.

“Kini kami perlu membuktikan kami layak berada di tahap ini dan mahu membawa kelab ini ke dimensi yang berbeza,” ujarnya.

Arsenal kini dilihat antara calon utama untuk mempertahankan kejuaraan domestik musim ini, namun fokus utama mereka turut terarah kepada Liga Juara-Juara Eropah yang masih belum berjaya dimenangi sejak penubuhan kelab itu.

Kekecewaan tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) menerusi penentuan penalti pada final Liga Juara-Juara musim lalu menjadi pembakar semangat buat Arteta yang mahu melihat pasukannya kembali lebih kuat dan matang.

The Gunners dilaporkan sedang memantau situasi bintang Real Madrid, Vinicius Junior yang masih belum mencapai kata sepakat mengenai kontrak baharu bersama kelab Sepanyol itu, selain turut dikaitkan dengan pemain tengah Newcastle United, Bruno Guimaraes. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN