Solbakken puji aksi memukau Haaland

Solbakken puji aksi memukau Haaland

ERLING Haaland meledak dua gol dalam aksi pertama di Piala Dunia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Jurulatih Norway, Stale Solbakken memuji penyerang utamanya, Erling Haaland selepas bintang itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Iraq pada aksi pembukaan Kumpulan I Piala Dunia 2026.

Menurut Solbakken, Haaland membuktikan bahawa pentas Piala Dunia bukan sesuatu yang terlalu besar untuknya walaupun ia merupakan penampilan sulung pemain itu dalam kejohanan terbesar dunia tersebut.

Penyerang Manchester City itu membuka jaringan buat Norway sebelum menambah gol kedua menjelang tamat separuh masa pertama selepas Iraq berjaya menyamakan kedudukan.

“Anda boleh lihat dia menyesuaikan diri dengan baik dalam suasana perlawanan ini. Pentas besar seperti Piala Dunia tidak terlalu besar untuknya.

“Saya mempunyai firasat yang baik sebelum perlawanan. Saya cukup yakin bahawa dia akan memberikan sesuatu yang istimewa kepada kami hari ini,” kata Solbakken.

Dua jaringan tersebut menyaksikan Haaland kini mengumpul 57 gol antarabangsa dalam hanya 51 penampilan bersama Norway, satu rekod luar biasa yang terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara penyerang terbaik dunia.

Haaland pula meluahkan rasa bangga selepas membantu negaranya meraih kemenangan pertama dalam kejohanan utama selepas sekian lama.

“Saya amat bangga dapat beraksi di Piala Dunia dan membantu Norway memenangi perlawanan pertama mereka di kejohanan ini dalam tempoh 28 tahun,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN