BOSTON: Gol tunggal John McGinn pada minit ke-28 menghadiahkan tiga mata berharga ketika Scotland menumpaskan Haiti 1-0, dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2026.
Kemenangan di Stadium Boston itu merupakan kemenangan pertama Scotland di kejohanan itu sejak tahun 1990, sekali gus melakar sejaha baharu buat mereka.
Kemenangan berkenaan meletakkan Scotland di tangga teratas Kumpulan C selepas satu lagi perlawanan menyaksikan Maghribi mengikat Brazil 1-1.
Dalam aksi berkenaan, Scotland mempamerkan penguasaan penuh di setiap posisi, namun hanya satu jaringan berjaya dihasilkan dalam perlawanan tersebut.
Walaupun menguasai sebahagian besar permainan, Scotland beberapa kali berdepan kesukaran mengekang kepantasan pemain Haiti.
Wakil Caribbean yang membuat kemunculan pertama di Piala Dunia sejak tahun 1974 itu gagal memanfaatkan peluang yang terhidang akibat penyudah hambar.
Dalam aksi seterusnya pada 19 Jun ini, Scotland akan berdepan Maghribi dengan misi mencari sekurang-kurangnya satu mata, manakala Haiti akan menentang Brazil.- AGENSI










