Kebal 33 aksi, Sepanyol sedia pasung Uruguay

Kebal 33 aksi, Sepanyol sedia pasung Uruguay

Mikel Oyarzabal antara tulang belakang Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHATTANOOGA: Sepanyol enggan memandang mudah cabaran Uruguay biarpun hadir dengan rekod 33 perlawanan tanpa kalah menjelang aksi terakhir Kumpulan H Piala Dunia 2026 yang bakal menentukan kedudukan juara kumpulan, pagi esok.

Pertahanan berpengalaman, Aymeric Laporte berkata, skuad juara Eropah itu sudah berdepan pelbagai corak permainan sepanjang rekod cemerlang tersebut dan percaya kekuatan sebenar tetap bergantung kepada prestasi mereka sendiri.

“Kami sudah mengharungi 33 perlawanan tanpa kalah dan sepanjang tempoh itu kami berdepan pelbagai jenis pasukan serta corak permainan.

“Jika kami berada pada tahap terbaik, amat sukar untuk mana-mana pasukan menewaskan Sepanyol,” katanya.

Laporte bagaimanapun menjangkakan Uruguay kendalian Marcelo Bielsa akan tampil habis-habisan kerana masih memburu tiket ke pusingan 32 terbaik.

“Kami tahu Uruguay akan memberikan segala-galanya seperti mana kami juga akan lakukan jika berada dalam situasi mereka, namun yang paling penting kami tahu apa yang perlu dilakukan.

“Semuanya bergantung kepada kami kerana kedua-dua pasukan pasti turun dengan misi memburu kemenangan,” ujarnya.

Sepanyol kini mendahului Kumpulan H dengan empat mata selepas seri tanpa jaringan dengan Cape Verde sebelum bangkit membelasah Arab Saudi 4-0, manakala Uruguay perlu mengelak kekalahan bagi memastikan peluang mereka ke pusingan kalah mati terus bernyawa. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN