Haaland buru gol pertama Piala Dunia 

Haaland buru gol pertama Piala Dunia 

Erling Haaland bakal memulakan kempen Piala Dunia pertamanya dengan mengetuai cabaran pasukan itu menentang Iraq dalam aksi pembukaan Kumpulan I, esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Penyerang Norway, Erling Haaland bakal memulakan kempen Piala Dunia pertamanya dengan mengetuai cabaran pasukan itu menentang Iraq dalam aksi pembukaan Kumpulan I, esok.

Penyerang Manchester City itu hadir ke kejohanan berbekalkan sentuhan tajam selepas meledak 16 gol dalam lapan perlawanan kelayakan  selain muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan 27 gol.

Dibantu kapten pasukan, Martin Odegaard, serta pemain sayap berbakat Antonio Nusa dan Oscar Bobb, Haaland dijangka menjadi sandaran utama Norway dalam usaha memburu tempat ke pusingan kalah mati.

Norway kembali ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998, sekali gus menamatkan penantian hampir tiga dekad untuk beraksi semula di kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.

Skuad kendalian Stale Solbakken turut dilihat mampu mencabar Perancis bagi kedudukan teratas Kumpulan I selepas muncul pasukan Eropah paling prolifik sepanjang kempen kelayakan.

Bagaimanapun, Iraq bukan lawan yang boleh dipandang mudah, biarpun skuad bimbingan Graham Arnold itu menempah tiket ke Piala Dunia selepas mengharungi kempen kelayakan yang panjang dengan 21 perlawanan sebelum menewaskan Bolivia dalam aksi playoff antara benua di Mexico.

Penyerang Iraq, Aymen Hussein, yang menjaringkan gol kelayakan pasukannya ke Piala Dunia, dijangka menjadi ancaman utama selain berazam mencuri tumpuan daripada Haaland.

Dalam masa sama, Iraq juga perlu berwaspada dengan disiplin permainan selepas beberapa isu kad merah dalam aksi pemanas badan sebelum kejohanan.- AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN