Colombia mara ke pusingan 32 terbaik

Colombia mara ke pusingan 32 terbaik

DANIEL Munoz meledak gol kemenangan Colombia ketika berdepan DR Congo.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUADALAJARA: Colombia mengesahkan slot ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas DR Congo dalam aksi Kumpulan K, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Colombia mengumpul enam mata daripada dua perlawanan dan mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati sebelum aksi terakhir kumpulan menentang Portugal yang membelasah Uzbekistan 5-0, awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Daniel Munoz selepas wakil Amerika Selatan itu berdepan tentangan sengit DR Congo sepanjang perlawanan.

Dalam aksi itu, Colombia menguasai sebahagian besar permainan dan mencipta lebih banyak peluang, namun berkali-kali dinafikan penjaga gol DR Congo, Lionel Mpasi.

Mpasi melakukan beberapa aksi cemerlang untuk menafikan percubaan daripada James Rodriguez, Luis Diaz dan Jhon Arias.

Gol yang dicari akhirnya hadir pada minit ke-76 apabila hantaran Juan Quintero menemui Munoz yang melakukan larian ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan yang menyaksikan bola tertampan pemain lawan sebelum menerjah jaring.

Susulan kekalahan itu, DR Congo kekal dengan satu mata dan perlu mendapatkan keputusan positif menentang Uzbekistan untuk terus menghidupkan peluang mereka mara ke pusingan seterusnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN