Slot makin tertekan, Liverpool wajib kalahkan Villa

Slot makin tertekan, Liverpool wajib kalahkan Villa

Arne Slot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool wajib menang ke atas Aston Villa pada Sabtu ini bagi memastikan peluang mereka ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan tetap terbuka.

Skuad kendalian Arne Slot mensia-siakan peluang menghampiri kelompok lima terbaik selepas sekadar seri 1-1 dengan Chelsea di Anfield pada Sabtu lalu.

Prestasi hambar The Reds turut memberikan tekanan kepada Slot selepas pasukan itu tewas 11 kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Lebih memalukan, cacian daripada penyokong turut bergema di Anfield pada Sabtu lalu sebaik wisel penamat dibunyikan sebagai tanda kemarahan terhadap prestasi pasukan.

Situasi berkenaan juga menyaksikan Slot semakin tertekan untuk mempertahankan posisinya selepas mengambil tugas berat yang ditinggalkan Jurgen Klopp sebelum ini

Bekas penyerang beberapa kelab EPL, Tony Cascarino melihat pengendali Bournemouth, Andoni Iraola sebagai calon berpotensi menggantikan Slot jika jurulatih Belanda itu dipecat.

Iraola, 43, dijangka meninggalkan Bournemouth pada hujung musim ini selepas berjaya meletakkan pasukan itu dalam kedudukan baik untuk layak ke saingan Eropah musim depan.

Menurut laporan, peratusan Slot menjadi pengurus EPL seterusnya dipecat meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

“Mungkin Iraola sudah menerima tawaran lebih baik. Sama seperti pemain, apabila anda menyerlah di Bournemouth seperti Antoine Semenyo dan pemain lain, kelab besar akan datang mendapatkan anda. Saya yakin dia tahu ke mana hala tujunya,” kata Cascarino. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN