Salah akui Liverpool kembali ke landasan sebenar

Salah akui Liverpool kembali ke landasan sebenar

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah berswafoto bersama penyokong-penyokong The Reds selepas berakhir perlawanan menentang Brentford di Anfield, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Tirai sembilan tahun penuh gemilang Mohamed Salah bersama Liverpool akhirnya dilabuhkan dengan penuh emosi apabila penyerang Mesir itu mengakui kelab berkenaan kembali berada di tahap yang sepatutnya.

Perlawanan terakhir Salah bersama The Reds berakhir dengan seri 1-1 menentang Brentford dalam aksi penutup Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Turut mengucapkan selamat tinggal di Anfield ialah pertahanan kiri Scotland, Andy Robertson, yang menjadi antara watak penting kebangkitan Liverpool sejak menyertai kelab itu pada 2017.

Dalam suasana sebak, Salah mengakui detik perpisahan itu cukup sukar untuk diterima selepas mengharungi perjalanan luar biasa sepanjang hampir sedekad bersama gergasi Merseyside itu.

“Saya rasa menangis lebih banyak sepanjang hidup saya. Saya bukan seorang yang terlalu emosional tetapi detik ini memang berbeza.

“Kami membesar bersama di sini. Kami melalui segala-galanya dari awal hingga akhir dan saya bangga kerana kami berjaya mengembalikan Liverpool ke tempat yang sepatutnya,” katanya.

Sepanjang kariernya di Anfield, Salah meledak 257 gol untuk muncul penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah Liverpool di belakang Ian Rush dan Roger Hunt.

Lebih manis, dia turut menjadi antara tonggak utama kejayaan Liverpool menjulang pelbagai kejuaraan termasuk trofi Liga Juara-Juara Eropah dan dua gelaran EPL. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN