KAKAMIGAHARA: Malaysia bangkit menebus kesilapan tewas kepada India, semalam dengan membelasah Singapura 13-0 dalam saingan Piala Asia Bawah 18 Tahun di sini.
Skuad remaja wanita di bawah bimbingan Siti Amarina Ruhani yang tewas 1-2 kepada India dalam aksi pembukaan langsung tidak memberi peluang kepada jiran tetangga itu untuk mencuri satu gol sebaliknya terus berpesta dengan jaringan bertali arus.
Malaysia akan menentang Korea Selatan dalam perlawanan seterusnya Selasa ini. – UTUSAN










