PETALING JAYA: Kuching City FC meraih kejayaan berganda pada musim ini apabila mara ke final Piala Malaysia dan muncul naib juara Liga Super pada musim ini. Pencapaian menduduki tempat kedua Liga Super itu disahkan menerusi kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC dalam aksi terakhir liga di laman sendiri, kelmarin. Kejayaan tersebut, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak melakar sejarah layak beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia…










