PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City FC menjadi ‘penentu’ nasib Selangor FC dan Kuching City FC yang merebut gelaran naib juara Liga Super musim ini. Skuad kendalian Risto Vidakovic itu bakal berkunjung ke Stadium Negeri di Kuching bagi aksi terakhir menentang tuan rumah, Kuching City FC minggu ini. Meskipun peluang Kuala Lumpur untuk menamatkan saingan di kelompok kedua sudah tertutup, skuad warga kota dianggap sebagai ‘Kingmaker’ yang boleh mengubah landskap…










