JDT tidak bersalah- AFF

JDT tidak bersalah- AFF

TUNKU Mahkota Ismail memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain JDT dalam bilik persalinan.-IHSAN HRH Crown Prince of Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus bersaing merebut Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) selepas Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) mengesahkan kelab itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung penyertaan beberapa pemain yang dikenakan sekatan.

Menerusi satu surat rasmi bertarikh 14 April 2026, AFF memaklumkan bahawa hasil siasatan menyeluruh yang dijalankan mendapati tiada asas untuk mengambil tindakan terhadap kelab tersebut mahupun pemain yang terlibat.

Jelas AFF, proses semakan itu mengambil masa kerana melibatkan isu kompleks termasuk menunggu keputusan prosiding antarabangsa berkaitan pemain berkenaan bagi memastikan penilaian dibuat secara adil dan seimbang.

“Hasil daripada penilaian menyeluruh terhadap maklumat, dokumen sokongan serta peraturan yang berkaitan, AFF mendapati tiada asas prima facie untuk meneruskan tindakan terhadap kelab atau pemain di bawah Kod Disiplin dan Etika AFF,” jelas kenyataan itu.

AFF turut menegaskan bahawa tiada sebarang dokumen palsu atau dipalsukan dikemukakan oleh JDT sepanjang proses pendaftaran pemain Joao Figueiredo, John Irazabal dan Hector Havel untuk pertandingan tersebut.

Badan induk bola sepak Asia Tenggara itu turut mengesahkan bahawa semua pemain terbabit memegang kewarganegaraan Malaysia ketika didaftarkan, sekali gus tidak melanggar peraturan berkaitan kuota pemain import.

Sehubungan itu, AFF memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap JDT dalam kes ini.

AFF dalam kenyataan sama turut menzahirkan komitmen mereka untuk terus memastikan integriti pertandingan terpelihara serta setiap isu ditangani secara telus dan adil mengikut peraturan yang ditetapkan.

Aksi separuh akhir ACC dijadual berlangsung pada 6 dan 13 Mei depan, menyaksikan JDT akan berdepan Buriram United manakala Selangor FC menentang Nam Dinh FC.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN