Gopoh punca Pearly-Thinaah kecundang

Gopoh punca Pearly-Thinaah kecundang

Pearly Tan-M. Thinaah perlu berdepan lawan yang mencabar untuk merebut gelaran di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China, minggu depan..- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan mengawal emosi ketika mata penting menjadi faktor utama Pearly Tan-M. Thinaah kandas di separuh akhir Kejohanan Badminton All England, semalam.

Beregu wanita No.1 negara itu tewas kepada gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 17-21, 18-21 yang ternyata berada dalam kelas tersendiri dalam aksi itu.

Menurut Pearly, kegagalan mengawal emosi terutama ketika mata-mata penting menjadi faktor utama yang membezakan kedua-dua pasangan dalam perlawanan tersebut.

“Saya rasa dalam setiap rali mereka lebih tenang dan lebih sabar berbanding kami berdua.

“Kami terlalu tergesa-gesa terutama pada mata-mata terakhir dan itu yang menyebabkan kami kehilangan perlawanan ini selain masih banyak perkara yang perlu dipelajari daripada mereka,,” kata Pearly.

Sementara itu, Thinaah turut mengakui mereka terlalu bertahan dalam beberapa situasi sehingga gagal memanfaatkan peluang untuk melakukan serangan balas terhadap pasangan Korea itu.

“Ada beberapa mata kami bermain terlalu defensif sedangkan kami sebenarnya boleh melakukan serangan balas dengan lebih baik.

“Seperti kata Pearly, kredit kepada lawan kerana mereka sangat sabar selain corak serangan mereka juga cukup agresif, namun kami akan belajar daripada perlawanan ini dan kembali lebih kuat,” kata Thinaah.

Untuk rekod, Pearly-Thinaah hampir mencipta sejarah sebagai beregu wanita Malaysia pertama mara ke final kejohanan berprestij itu yang sudah berlangsung selama 127 tahun sejak diperkenalkan pada 1899.

Malah, kemaraan mereka ke separuh akhir juga menamatkan penantian panjang Malaysia selepas kali terakhir wakil negara melangkah sejauh itu menerusi gandingan Wong Pei Tty-Chin Ee Hui pada edisi 2007.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN