PSG tutup kes, setuju bayar Mbappe RM280 juta

PSG tutup kes, setuju bayar Mbappe RM280 juta

Kylian Mbappe - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah buruh Perancis yang mengarahkan kelab itu membayar 61 juta euro (RM 280 juta) kepada bekas penyerangnya, Kylian Mbappe melibatkan tunggakan gaji dan bonus.
Menurut laporan AFP, PSG sebelum ini diarahkan pada Disember lalu supaya menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh sebulan walaupun kelab itu berhak mengemukakan rayuan namun, tempoh berkenaan kini telah berakhir.
“Demi tanggungjawab dan untuk menamatkan secara muktamad prosedur yang telah berlarutan terlalu lama, kelab memilih untuk tidak memanjangkan pertikaian ini,” kata PSG dalam satu kenyataan.
PSG dalam masa sama menegaskan mereka kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda sukan dan kejayaan kolektif pasukan.
Mbappe, yang beraksi selama tujuh musim bersama kelab gergasi Ligue 1 itu menyertai Real Madrid dengan laporan menyebut dia menerima gaji tahunan sekitar 30 juta euro (RM137 juta).
Sepanjang bersama PSG, Mbappe meledak 256 gol dalam 308 penampilan. Ironinya, kelab ibu kota Perancis itu berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama musim lalu selepas pemergiannya. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN