Speedy Tigress pertahan pingat emas

Speedy Tigress pertahan pingat emas

SKUAD hoki wanita negara cemerlang apabila memenangi pingat emas Sukan SEA 2025 di Bangkok hari ini. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2025 selepas membelasah Indonesia 6-0 dalam aksi final di Thailand National Sport University (TNSU), Chonburi, hari ini.

Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin dan Nur Afiqah Syahzani Azhar bertindak cemerlang apabila masing-masing menjaringkan dua gol dan selebihnya disumbangkan oleh Hanis Nadiah Onn dan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad.

Itu merupakan pingat emas kesembilan berturut-turut yang dimenangi Malaysia pada temasya tersebut. – UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN