Sukar julang Piala Dunia tanpa Bellingham, Foden, Grealish

Sukar julang Piala Dunia tanpa Bellingham, Foden, Grealish

JUDE BELLINGHAM perlu ada dalam skuad Piala Dunia England.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: England tidak akan berpeluang untuk menjuarai Piala Dunia 2026 tanpa khidmat tiga tonggak utama iaitu Jude Bellingham, Phil Foden dan Jack Grealish.

Pengurus England, Thomas Tuchel mengejutkan banyak pihak apabila tidak memanggil tiga pemain itu untuk aksi antarabangsa menentang Wales dan Latvia baru-baru ini.

Dalam dua aksi berkenaan, England mencatat kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Wales sebelum membelasah Latvia 5-0 untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026.

Namun, peminat masih tertanya-tanya mengapa ketiga-tiga bintang berkenaan digugurkan, terutama selepas Foden dan Grealish menunjukkan prestasi cemerlang pada awal musim ini.

Tuchel menjelaskan Bellingham masih belum benar-benar cergas selepas pulih daripada kecederaan bahu, namun tiada alasan pengguran Foden dan Grealish.

Bekas pemain tengah England, Paul Scholes berkata, semua peminat terkejut dengan keputusan Tuchel menggugurkan tiga bintang yang mampu memberi impak besar.

“Saya agak terkejut. Tiga pemain itu, bersama Adam Wharton, wajib berada dalam skuadnya jika England mahu menang Piala Dunia. Jika lihat skuad sekarang, mereka tiada peluang langsung untuk memenangi Piala Dunia.

“Dengan kehadiran tiga pemain itu, yang saya anggap ia antara yang terbaik Englan. Namun, tetap tugas sukar, tetapi sekurang-kurangnya memberi peluang lebih besar untuk menjulang trofi,” kata Scholes.

Tambah bekas pemain Manchester United itu, Bellingham sudah pulih dan perlu dipanggil untuk mendapatkan semula rentak bersama pasukan kebangsaan.

Scholes turut mengingatkan bahawa Tuchel kini kekurangan masa untuk membentuk skuad mantap menjelang kejohanan utama itu.

“Tuchel tiada banyak perlawanan lagi sebelum Piala Dunia bermula, hanya jendela antarabangsa November dan Mac, selepas itu terus ke kejohanan sebenar. Jadi, dia perlu beri lebih banyak minit permainan kepada pemain-pemain utama ini,” katanya.

Sebelum rehat antarabangsa, Tuchel menafikan wujud sebarang masalah peribadi dengan Bellingham, Foden atau Grealish, menjelaskan keputusannya dibuat kerana mahu mengekalkan kestabilan skuad sedia ada.

“Tiada masalah dengan mana-mana daripada mereka. Mereka tahu saya menghargai bakat mereka. Ini keputusan saya. Sama ada mereka suka atau tidak, ia tidak mengubah penghargaan saya terhadap kemampuan dan personaliti mereka,” kata Tuchel.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN