NSFC tambah episod kekalahan Sabah

NSFC tambah episod kekalahan Sabah

JOVAN Motika melepasi pertahanan lawan dalam aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan FC dan Sabah FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.-GAMBAR/IHSAN NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan FC menggembirakan lebih 20,000 penyokong pasukan itu yang hadir apabila menewaskan Sabah FC dengan keputusan 3-0 malam tadi.

Dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini itu, tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai perlawanan sejak awal dan hasilnya mereka memperoleh gol pada minit ke-26.

Ia menerusi sentuhan penyerang import, Jovan Motika yang menggelecek beberapa pertahanan lawan sebelum merembat kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Sabah.

Asakan berterusan membawa kepada gol kedua tuan rumah bermula dari serangan balas dimulakan A. Selvan yang kemudian melorongkan bola kepada Ameyaw Alexander Agyakwa.

Pemain tengah import dari Ghana itu kemudianya tidak melepaskan peluang yang terhidang itu dengan melakukan tendangan tepat ke arah kiri gawang Sabah sekali gus gol jaringan pada minit ke-40.

Bersambung separuh masa kedua, aksi terus dikuasai tuan rumah dan kemasukan Luqman Hakim Shamsuddin telah menambah bisa serangan NSFC.

Hasilnya, mereka memperoleh gol ketiga pada minit ke-79 menerusi penyerang Joseph Esso yang mudah menyudahkan hantaran Myo Tsuneyasu.

Tuan rumah menggandakan asakan dan memperoleh beberapa lagi peluang jaringan namun Khairul Fahmi kental mempertahankan gawal sehingga tamat perlawanan sekali gus menggagalkan hasrat NSFC untuk berpesta jaringan.

Keputusan berakhir 3-0 memihak kepada tuan rumah. Selepas mengharungi lima perlawanan, Negeri Sembilan mengutip lapan mata untuk berada di kedudukan keempat liga manakala Sabah di tangga kesepuluh dengan hanya tiga mata.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN