Tiada tangan ghaib dalam FAM

Tiada tangan ghaib dalam FAM

PEMANGKU Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengadakan sidang media susulan peletakan jawatan bekas Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub di Wisma FAM, Semalam. Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram Sithamparam dan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman (kiri). Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang tekanan pihak luar atau tangan ghaib dalam isu peletakan jawatan Mohd. Joehari Moh Ayub sebagai Presiden Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, ia adalah keputusan peribadi Mohd. Joehari sendiri biarpun menduduki kerusi No.1 badan induk bola sepak negara tidak sampai setahun sejak menerajuinya Februari lalu.

Sejak berita peletakan jawatan tersebar, peminat dan pemerhati sukan tanah air tampil dengan pelbagai teori kononnya ada campur tangan luar hingga memaksa Mohd. Joehari berundur.

Bagaimanapun, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi menegaskan keputusan berkenaan dibuat atas kehendak peribadi tanpa tekanan mana-mana pihak.

“Tiada isu campur tangan. Saya tegaskan sekali lagi, ini keputusan peribadi beliau (Mohd. Joehari). Kita tidak mahu timbul sebarang spekulasi liar,” katanya.

Buat sementara waktu, kerusi Presiden FAM dipangku oleh Mohd. Yusoff selaku Timbalan Presiden paling lama sehingga kongres pemilihan badan induk itu pada tahun hadapan.

Kongres berkenaan dijangka panas kerana bakal menentukan siapa wajah baharu yang memacu bola sepak negara.

Beberapa nama sudah mula berlegar, namun FAM menolak gosip itu sambil mengingatkan bahawa hak mutlak memilih presiden tetap terletak di tangan ahli gabungan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN