Skuad ragbi juara 7s Sekolah Asia di Hong Kong

Skuad ragbi juara 7s Sekolah Asia di Hong Kong

Pemain ragbi remaja kebangsaan berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai Kejohanan Ragbi 7s Sekolah Asia di Hong Kong, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad ragbi remaja tujuh sebelah (7s) negara, Mohamad Nazeer Mohamed Nesharah percaya pasukannya mampu melangkah lebih jauh selepas muncul juara pada Kejohanan Ragbi 7s Sekolah Asia di Hong Kong, kelmarin.

Skuad negara dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kejuaraan mereka dengan menewaskan Singapura 31-26 di Padang King’s Park Sports Ground.

Nazeer berkata, barisan kejurulatihan amat berpuas hati dengan persembahan pemain negara yang dipamerkan pada kejohanan tersebut malah yakin mereka mempunyai masa depan yang cerah jika diberi peluang.

“Alhamdulillah, untuk kejohanan kali ini kami berjaya menjadi johan. Pemain menunjukkan satu usaha yang baik apabila memberi kerjasama dengan baik dari satu perlawanan kepada satu perlawanan.

“Setakat ini, kami melihat pasukan ini, insya-Allah boleh pergi lebih jauh sekiranya diberi peluang tetapi perlu melakukan persediaan rapi untuk berdepan lawan yang lebih baik.

“Kami di barisan kejurulatihan amat berpuas hati dengan persembahan pemain. Terima kasih kepada semua pihak untuk peluang yang diberikan,” katanya.

Bagi kejohanan edisi keempat ini, Malaysia diwakili pemain dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia di kejohanan ini adalah muncul naib juara edisi 2019 di Johor selepas tewas kepada Hong Kong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN