Pemandu lori simen rentung kemalangan

Pemandu lori simen rentung kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu lori simen maut selepas kenderaan berat dipandunya hilang kawalan dan terbalik sebelum terbakar di kilometer (KM) 28 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), sekitar Genting Sempah di sini, awal pagi hari ini.

Mangsa Muhammad Izzat Kamaruddin, 28, disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah ke lokasi sejauh 22 KM sejurus terima panggilan kecemasan pada 4.21 pagi dan tiba pada 5.07 pagi.

“Komander operasi melaporkan, kebakaran membabitkan sebuah lori membawa muatan debu simen dan terdapat seorang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lori terbabit dianggarkan musnah 60 peratus akibat terbakar terutama di bahagian kabin pemandu susulan kemalangan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN