Ferrari sahkan Hamilton guna tetapan baharu pada jenteranya

Ferrari sahkan Hamilton guna tetapan baharu pada jenteranya

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ferrari mengesahkan bahawa pelumbanya, Lewis Hamilton akan meneruskan perubahan terbarunya dengan mengikuti tetapan Charles Leclerc dalam perlumbaan akan datang.

Leclerc telah beralih kepada tetapan yang lebih cenderung kepada oversteer untuk jentera SF-25 miliknya sejak Grand Prix (GP) Jepun dan ia memberi peningkatan prestasi terhadap pemandu tersebut yang meraih empat podium dalam lapan perlumbaan selepas Suzuka.

Sebaliknya, Hamilton bergelut menyesuaikan diri dengan jentera Ferrari miliknya dan masih belum meraih sebarang podium pada separuh musim ini, mencatat rekod tidak diingini dalam kerjayanya iaitu 14 perlumbaan tanpa podium selepas tamat di tempat keempat di Silverstone.

Namun, di GP Austria, Hamilton mendedahkan bahawa dia telah mula beralih kepada tetapan Leclerc walaupun ia menyebabkan penggunaan tayar yang lebih tinggi bagi juara dunia tujuh kali itu.

Mengulas mengenai perubahan tetapan Hamilton, Timbalan Ketua Pasukan Ferrari, Jerome D’Ambrosio mengesahkan bahawa itu merupakan hala tuju yang akan diikuti oleh Hamilton untuk masa akan datang.

“Saya boleh katakan buat masa ini, memang ya. Untuk mendapatkan prestasi maksimum daripada kereta, terdapat keperluan tertentu dari segi imbangan dan Charles telah menggunakan kereta yang sedikit lebih oversteery sejak beberapa perlumbaan lalu dan itu telah membuahkan hasil.

“Lewis juga telah beralih ke arah itu baru-baru ini dan dia juga sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengannya.

“Akhirnya, saya rasa ini adalah salah satu aspek dalam peraturan semasa di mana kita melihat banyak ketidakstabilan ketika masuk selekoh, dan para pemandu perlu mampu mengatasinya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN