LONDON: Viktor Gyokeres dipercayai menolak tawaran Manchester United dan kemungkinan besar Arsenal dan Juventus bakal menjadi pilihan penyerang Sweden itu. Penyerang berusia 27 tahun itu menarik minta pasukan-pasukan gergasi Eropah selepas memperagakan aksi cemerlang musim lalu bersama Sporting Lisbon dengan meledak 54 gol dalam 52 penampilan, sekali gus membantu kelab itu menjuarai liga utama Portugal. Arsenal dan Manchester United dilaporkan bersaing untuk mendapatkan khidmat Gyokeres, yang mempunyai klausa pelepasan bernilai…