Carrick tidak gopoh sain kontrak pengurus

Carrick tidak gopoh sain kontrak pengurus

Pengendali sementara Manchester United akui jentera serangan The Red Devils perlu lebih tajam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Michael Carrick tidak mahu terburu-buru untuk menerima kontrak jangka panjang sebagai pengurus tetap Manchester United.

Bekas perancang tengah United itu percaya penilaian terhadap peranannya sebagai pengurus sementara wajar dibuat pada penghujung musim.

Carrick melakar kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut sejak dilantik, sekali gus melonjak United ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Pengendali berusia 44 tahun itu hanya diberi tugasan sehingga akhir musim, namun kebangkitan The Red Devils menyebabkan beliau kerap ditanya mengenai peluang dilantik secara tetap.

“Ia bukan soal menilai sejauh mana kami bagus atau berjaya pada ketika ini kerana sebenarnya belum banyak yang berlaku. Kami harap masih ada banyak perkara perlu dilakukan dari sekarang hingga akhir musim, dan selepas itu kita lihat apa yang akan berlaku,” kata Carrick.

Kapten United, Bruno Fernandes, menyifatkan Carrick sebagai seorang pengurus yang hebat selepas kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur, Sabtu lalu.

Perubahan kepada formasi empat pertahanan serta kemasukan semula Kobbie Mainoo ke bahagian tengah adalah dua pembaharuan utama yang dibuat Carrick berbanding tempoh sukar 14 bulan di bawah Ruben Amorim.

Perubahan sistem itu juga membolehkan Fernandes beraksi dalam peranan lebih menyerang, yang menyaksikan prestasinya semakin menyerlah.

“Saya faham betapa pintarnya dia sebagai pemain bola sepak. Dia cerdas dan sangat mengambil berat tentang kelab ini, jadi dari sudut itu kami semua mahukan perkara yang sama.

“Memang menyenangkan apabila pemain yang kita hormati berkata perkara baik tentang anda, tetapi akhirnya ia soal pasukan, bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik daripada pasukan dan bekerjasama sebagai satu unit,” tambah Carrick tentang pemain Portugal itu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN