Sesko hero dari bangku simpanan

Sesko hero dari bangku simpanan

Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire dan rakan sepasukan, Casemiro berlaga kepala ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang Everton, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Michael Carrick memuji impak besar pemain gantian Benjamin Sesko selepas penyerang Slovenia itu muncul wira ketika Manchester United menewaskan Everton 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu muncul dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol dalam tiga penampilan terakhir dengan jaringan penting, namun masih belum membuat penampilan sulung dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Carrick.

Pemain berusia 22 tahun itu turut meledak gol kemenangan lewat ketika menentang Fulham serta menyelamatkan satu mata buat United ketika berdepan West Ham pada masa kecederaan dalam aksi sebelumnya.

Dalam aksi menentang Everton, Matheus Cunha mengumpan kepada Bryan Mbeumo yang kemudian melorongkan bola kepada Sesko untuk menyempurnakan gol keenamnya dalam tujuh penampilan sejak Ruben Amorim dipecat bulan lalu.

“Penyudahnya amat tajam, saya suka cara dia menjaringkan gol itu dengan penuh keyakinan. Gerakan hebat daripada Cunha dan Mbeumo untuk menciptanya. Saya gembira sekali lagi untuk Sesko yang masuk sebagai pemain gantian dan mencetus perbezaan,” kata Carrick.

Kemenangan kelima di bawah kendalian Carrick itu melonjakkan United ke kelompok empat teratas EPL, tiga mata di depan Chelsea dan Liverpool dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami terpaksa bekerja keras. Pujian kepada Everton kerana mereka menyukarkan keadaan dan memaksa kami banyak bertahan di kawasan sendiri. Semangat kami ketika bertahan sangat hebat,” tegas Carrick.

Sementara tu, Carick turut memuji aksi penjaga gol, Senne Lammens yang melakukan beberapa tindakan penyelamat penting untuk meneruskan musim penampilan sulung yang mengagumkan bersama United buat pemain Belgium berusia 23 tahun itu.

“Senne amat cemerlang malam ini. Anda tidak boleh mengharapkan lebih daripada seorang penjaga gol. Ia satu persembahan contoh, jadi saya sangat gembira untuknya.

“Sebagai penjaga gol, anda mahu meredakan keadaan kelam-kabut dan Senne memiliki sifat itu. Ketenangan serta kawalannya membantu pemain di hadapannya,” kata Carrick. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN