Lebih 60,000 tiket aksi ASEAN All-Star berdepan United telah

Lebih 60,000 tiket aksi ASEAN All-Star berdepan United telah terjual

SKUAD utama Manchester United terbang ke Kuala Lumpur untuk berdepan ASEAN All-Star pada Rabu ini-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lautan merah bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu ini apabila lebih 60,000 keping tiket telah terjual bagi aksi ASEAN All-Star berdepan Manchester United.

Situasi itu membuktikan Manchester United tetap mendapat sambutan luar biasa biarpun mempamerkan aksi suram musim ini apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeri (EPL) di kedudukan ke-15.

The Red Devils yang kini di bawah kendalian Ruben Amorim dijadualkan tiba di Kuala Lumpur malam ini, hanya beberapa jam selepas menamatkan aksi terakhir EPL dengan kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford, semalam.

Kali terakhir kelab itu beraksi di Malaysia ketika siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI sebanyak dua kali, iaitu masing-masing 3-2 dan 2-0 pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.

Selepas berdepan ASEAN All-Star, United akan terbang ke Hong Kong untuk berdepan skuad kebangsaan negara itu pada 30 Mei ini di Stadium Hong Kong.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN