Syed Yazid sedia buat laporan polis, SPRM

Syed Yazid sedia buat laporan polis, SPRM

Kuala Lumpur City bakal lebih mantap pada musim depan dengan kehadiran pemain berstatus skuad kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah KL United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu permohonan lesen kebangsaan Kuala Lumpur (KL) City FC.

Katanya, laporan tersebut akan dibuat terhadap pegawai pentadbiran KL City FC dan First Instance Body (FIB) selepas lesen kebangsaan tetap diberikan walaupun terdapat kepincangan terhadap dokumentasi.

“Kita akan membuat laporan agar perkara ini disiasat dengan telus dan baik. FIB perlu bertanggungjawab kerana mereka adalah pihak yang memberi lesen.

“Seharusnya mereka menyemak terlebih dahulu dengan teliti sebaliknya percaya bulat-bulat dengan dokumen diserahkan.

“Sepatutnya FIB semak betul-betul dokumen yang diberi. Kita tak tahu mungkin wujud salah laku lain, hingga dokumen itu mudah diluluskan. Bukan saya mahu menuduh, tetapi ia perkara yang boleh berlaku dan kita mahukan siasatan dilakukan,” katanya.

Semalam, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan, FIB telah mengesahkan hasil semakan dokumen diserahkan KL City FC mengandungi maklumat tidak tepat atau tidak benar.

FIB telah mendapatkan pengesahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui emel kepada mereka.

Ekoran daripada itu, KL City FC dihukum pemotongan enam mata, didenda RM50,000 malah dikenakan larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025.

Kelab itu turut tidak dibenarkan memohon lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selama dua kitaran musim pada 2024-2025 dan 2025-2026 serta didenda RM50,000 selain lesen AFC yang telah diluluskan oleh FIB bagi musim 2024-2025 turut dibatalkan.

Bagaimanapun, Syed Yazid menyifatkan hukuman yang dikenakan itu adalah keterlaluan walaupun ia bukan berpunca daripada pasukan.

“Bila mereka umum nak potong mata, pemain KL City kecewa kerana kemenangan mereka dalam liga (Liga Super) akan dipotong. Tiga mata itu adalah hasil titik peluh pemain yang berusaha biarpun tak ada gaji.

“Tapi FIB main suka-suka nak potong. Kalau mereka nak potong, KL City FC tidak teragak-agak menarik diri daripada bertanding lagi,” katanya lagi.

“Kami akan bayar tunggakan gaji pemain, tetapi tidak akan bermain sebagai tanda protes terhadap pemotongan mata itu yang sebenarnya tidak adil buat pemain. Orang lain buat hal, pemain pula jadi mangsa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN