Madueke mohon maaf kepada penyokong Wolves

Madueke mohon maaf kepada penyokong Wolves

MADUEKE meledak hatrik ketika Chelsea menumpaskan Wolves 6-2, kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON: Pemain sayap Chelsea, Noni Madueke memohon maaf kepada Wolverhampton Wanderers selepas memuat naik satu hantaran jelek dan keadaan menjadi lebih buruk apabila dia meledak hatrik ketika Chelsea membelasah kelab itu 6-2 dalam aksi liga.

Madueke membuat hantaran kurang baik mengenai bandar di Midlands itu sebelum kunjungan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sekalipun dia kemudian memadamkannya, kerosakan sudah berlaku dan menimbulkan kemarahan peminat Wolve.

Pemain dari London berusia 22 tahun itu diejek penyokong tuan rumah setiap kali dia menyentuh bola tetapi ia tidak menjejaskannya dan meledak tiga gol pada awal babak kedua untuk membantu kemenangan bergaya Chelsea selepas terikat 2-2 ketika rehat.

“Saya hanya mahu memohon maaf kepada setiap orang yang mungkin tersinggung. Ia satu kesilapan manusia, satu kenaifan. Ia tidak bermaksud untuk keluar sebegitu dalam laman sosial saya. Saya yakin Wolverhampton sebuah pekan yang bagus dan saya meminta maaf.

“Saya sudah jangkakan ejekan mereka tetapi anda perlu beraksi baik di bawah tekanan,” ,” kata Madueke yang juga salah seorang daripada sembilan pemain berusia di bawah 23 tahun dalam kesebelasan utama Enzo Maresca.

Kemenangan pertama Chelsea musim ini hadir susulan persembahan menakjubkan dengan Cole Palmer menjadi perancang utama gerakan serangan mengumpan semua gol Madueke.

Madueke berkata, Maresca sudah membuat impak besar di Stamford Bridge sejak menyertai kelab itu dari Leicester City yang dikemudikannya kembali ke EPL musim lalu.

“Setiap orang lihat apa yang beliau lakukan di Leicester tahun lalu, beliau terlalu taksub dengan setiap perkara kecil.

“Malah dalam perlawanan pertama menentang (Manchester) City ada beberapa corak bagus yang dimainkan tetapi kami gagal menyudahkannya.

“Ia hari yang hebat hari ini, saya gembira beliau meraih kemenangan pertama EPL bersama Chelsea.” ,” kata Madueke.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN