Johor sasar rangkul 3 kategori

Johor sasar rangkul 3 kategori

NOR AZMAN Hasbullah (tengah) bergambar bersama peserta dari Johor yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-53@Mr. Malaysia 2024 di Hotel Thistle, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan Bina Badan Negeri Johor menyasarkan untuk merangkul tiga kategori yang dipertandingkan dalam Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-53@Mr. Malaysia 2024.

Pengurusnya, Nor Azman Hasbullah berkata, acara yang jadi sasaran pihaknya ialah ‘Men Athletics Physique’ 182 sentimeter (cm) bina badan, kategori bantam weight dan middle weight.

Nor Azman yang juga Setiausaha Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor berkata, pasukan tuan rumah turut mengintai peluang bagi beberapa kategori lain.

“Dalam kejohanan kali ini, terdapat 17 kategori yang dipertandingkan dalam pelbagai peringkat berat badan dan ketinggian. Bagi pasukan Johor, kita mengambil bahagian dalam semua kategori.

“Selain sasar menang tiga kategori, kita turut menyasarkan kedudukan podium bagi
‘men sports physique kurang dan lebih 170cm, Bina badan junior bawah 70 kilogram (kg), bina badan junior atas 70kg serta beberapa kategori di dalam bina badan senior,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Seramai 154 atlet dari seluruh negara menyertai Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-53@Mr. Malaysia 2024 yang mendapat kerjasama Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Hotel Thistle, di sini.

Katanya, sambutan yang diterima pada kejohanan tahun ini amat menggalakkan dengan penyertaan 12 pasukan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, penyertaan peminat sukan bina badan dari seluruh negara juga amat memberangsangkan.

“Kita amat berharap agar MBBF menjadikan kejohanan ini sebagai medan untuk menilai atlet yang berpotensi untuk mewakili negara di masa hadapan,” katanya.

Hari ini adalah acara akhir bagi kategori bina badan remaja Bawah 70kg, bina badan remaja atas 70kg, men athletics physique sehingga 167cm, men athletics physique sehingga 175cm, men athletics physique lebih 175cm, men’s sports physique bawah 170cm, men’s sports physique lebih 170cm dan bina badan masters serta pertandingan Mr. Johor 2024 pada malamnya.

Pada hari terakhir, turut diadakan ialah acara akhir bagi kategori bina badan senior light fly weight (55kg), fly weight (60kg), bantam weight (65kg), light weight (70kg),
welter weight (75kg), light middle weight (80kg), middle weight (85kg), light heavyweight (90kg) dan heavyweight (lebih 90kg).

“Turut berlangsung ialah acara bagi juara antara kuara bina badan bawah 70kg dan 70kg,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×