Bujang Taha juara 'Mr. Malaysia 82' - Utusan Malaysia

Bujang Taha juara ‘Mr. Malaysia 82’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan peserta dari Sarawak, Bujang Taha terpilih sebagai juara Kejohanan Bina Badan ‘Mr. Malaysia 82‘ anjuran Persatuan Bina Badan Selangor di Dewan Hookien, Klang, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, beliau akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Bina Badan ‘Mr. ASEAN 82‘ yang akan berlangsung di Sabah pada penghujung bulan ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 Disember 1972 – Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin menggelarkan Malaysia sebagai ‘Syurga Wang‘ kerana kestabilan politik,
    ekonomi dan kewangannya.
  • 6 Disember 1979 – Buat pertama kalinya tanpa diduga, Malaysia memeranjatkan negara lain apabila memenangi pingat emas dalam Kejohanan Boling Dunia di Manila.
  • 6 Disember 1982 – Perbicaraan seramai 302 orang pelampau Islam yang dituduh cuba menggulingkan kerajaan Mesir secara ‘revolusi bersenjata‘ bermula semalam dan berkemungkinan menghadapi hukuman mati.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya