Trump sindir Iran, persenda nama Mohammad ketika kempen

Trump sindir Iran, persenda nama Muhammad ketika kempen

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggunakan populariti nama Muhammad sebagai bahan jenaka ketika mempersendakan jawatan Presiden Iran dalam ucapan kempen di Georgia semalam.

Ketika berucap di hadapan penyokongnya di Dalton, Georgia, Trump berkata individu yang tidak pasti tentang nama seseorang dari Asia Barat boleh menggunakan nama Muhammad kerana mempunyai kira-kira 65 peratus peluang untuk meneka dengan betul.

“Saya sudah melakukannya selama bertahun-tahun. Saya tidak pernah tersilap,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad merupakan antara nama lelaki paling popular dalam kalangan umat Islam, yang lazimnya menamakan anak lelaki mereka sempena Nabi Muhammad.

Trump membuat kenyataan itu ketika membincangkan Iran dalam perhimpunan kempen di hangar Lapangan Terbang Perbandaran Dalton bagi menyokong calon Republikan menjelang pilihan raya pertengahan penggal Kongres pada 3 November ini.

Beliau turut mendakwa Iran satu-satunya negara yang tiada siapa mahu menjadi presiden, sebelum berpura-pura bertanya kepada beberapa individu bernama Muhammad sama ada mereka berminat memegang jawatan itu.

Masoud Pezeshkian memegang jawatan Presiden Iran sejak 2024.

Bagaimanapun, jenaka Trump itu menerima reaksi hambar daripada hadirin yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

Aktivis hak asasi dan kumpulan advokasi Islam berulang kali mengkritik retorik Trump yang menurut mereka memburukkan imej serta mempersendakan umat Islam, pendatang dan golongan minoriti etnik.

Retorik itu semakin ketara sepanjang kempen pilihan raya pertengahan penggal, khususnya terhadap masyarakat Somalia dan rakyat Amerika beragama Islam, termasuk calon Demokrat bagi kerusi Senat Amerika Syarikat (AS), Abdul El-Sayed, serta anggota Dewan Perwakilan, Ilhan Omar, yang mewakili Minnesota dan tiba di AS sebagai pelarian dari Somalia.

Laporan tahunan Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) yang diterbitkan awal tahun ini mengaitkan peningkatan Islamofobia di AS, sebahagiannya, dengan tindakan keras pentadbiran Trump terhadap imigresen dan protes pro-Palestin sepanjang penggal kedua pemerintahannya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini