TFC ‘tempang’ berdepan Negeri Sembilan

TFC ‘tempang’ berdepan Negeri Sembilan

ISMAHEEL Akinade dijangka menjadi taruhan TFC dalam aksi menentang Sabah FC, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Skuad Terengganu FC (TFC) akan melayan kunjungan Negeri Sembilan di laman sendiri malam ini dengan keadaan pasukan yang ‘tempang’ akibat penggantungan pemain dan kecederaan.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner berkata, perlawanan dengan skuad Rusa itu sangat penting buat anak-anak buahnya yang membawa misi untuk meraih kemenangan selepas dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, TFCn juga perlu menang ke atas Negeri Sembilan untuk membaiki kedudukan dalam liga selain memburu kemenangan moral sebelum aksi separuh akhir kedua Piala FA.

Katanya, kepulangan semula afawi Rasid dan Akhyar Rashid untuk perlawanan itu dijangka kembali memberi kelebihan buat Sang Penyu meskipun agak tempang di posisi pertahanan.

“Kami gagal bermain dengan baik ketika tewas kepada JDT dan pemain-pemain tiada pilihan selain bangkit mengalahkan Negeri Sembilan untuk kembali ke landasan kemenangan.

“Kelebihan beraksi di laman sendiri juga perlu dimanfaatkan untuk mengutip tiga mata penuh, jadi kami juga mengharapkan sokongan padu penyokong pada perlawanan itu nanti.

“Keputusan dengan Negeri Sembilan juga penting bagi kami sebagai persediaan moral menjelang aksi getir timbal balik Piala FA bertemu Selangor, Sabtu ini,” ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Steinbruckner memberitahu, persiapan TFC bagaimanapun dijejaskan dengan penggantungan perlawanan Ubaidullah Shamsul Fazili dan kecederaan Safwan Mazlan sekaligus merisaukan Steinbruckner di bahagian pertahanan.

Selain itu, tambahnya, penjaring terbanyaknya musim ini, Ismaheel Akinade turut mengalami masalah kecederaan ringan ketika kekalahan kepada JDT memaksa rombakan kecil dibuat dalam kesebelasan utama.

“Saya harus mengambil kira perlawanan Piala FA pada Sabtu untuk mempersiapkan pasukan bertemu Negeri Sembilan dan tempoh seminggu ini akan menguji karakter pasukan TFC,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN