PETALING JAYA: Bintang Selangor FC, Faisal Halim terus berjuang menjalani proses pemulihan dan rawatan fisioterapi bagi memastikan pergerakan tangan kirinya yang melecur akibat simbahan asid pulih 100 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, Faisal juga ketika ini sedang melakukan senaman untuk menguatkan paru-paru untuk dia kembali cergas semula. Katanya, kelab akan memastikan Faisal atau turut dikenali sebagai Mickey pulih sepenuhnya sebelum dibenarkan kembali bermain bersama…










