Tiada apa yang mustahil buat Denmark

Tiada apa yang mustahil buat Denmark

Denmark akan berdepan tuan rumah, Jerman pada pusingan 16 Euro 2024-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pertahanan Denmark, Jannik Vestergaard menyifatkan tiada yang mustahil apabila pasukannya bakal menentang tuan rumah, Jerman dalam aksi kalah mati Kejohanan Eropah (Euro) 2024 pada 30 Jun ini.

Denmark muncul pasukan kedua terbaik Kumpulan C di belakang England selepas seri tanpa jaringan menentang Serbia pada aski terakhir kumpulan.

Skuad kendalian Kasper Hjulmand itu berkongsi tiga mata bersama Slovenia dan mencatatkan jumlah jaringan yang sama namun Denmark menduduki tangga kedua berdasarkan rekod ranking Eropah lebih baik.

“Semuanya tidak mustahil. Jerman pasukan kuat. Kami perlu persembahan bagus untuk menghentikan Jerman daripada beraksi dengan cemerlang.

Selain Sepanyol, Jerman memenangi Euro tiga kali namun tuan rumah itu pernah tewas kepada Denmark dalam aksi final edisi 1992.

Dalam pada itu, Hjulmand menyifatkan Jerman merupakan salah satu pasukan pilihan kejohanan namun mengakui dia mempunyai perasaan yang bagus terhadap pertemuan tersebut.

“Menentang Jerman di Dortmund dengan Denmark pastinya akan menjadi lebih menarik. Mereka pasukan hebat namun kami juga pasukan hebat dan apabila menentang pasukan besar kami sentiasa meningkatkan permianan,” katanya.

Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan pada penampilan ke-133 bersama Denmark juga rekod sepanjang zaman buat negaranya.

“Dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan adalah bagus. Saya gembira kami mara ke pusingan kalah mati – inilah harapan saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN