Switzerland intai peluang singkir Itali

Switzerland intai peluang singkir Itali

REMO Freuler (kiri) ketika turun beraksi dalam perlawanan menentang tuan rumah, Jerman pada kempen peringkat Kumpulan A Euro 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Switzerland dan Itali mahu lupakan hubungan baik mereka demi menempah tempat tiket ke suku akhir pada perlawanan pusingan ke-16 Euro 2024, tengah malam esok.

Hubungan dua negara jiran ibarat ‘abang dan adik’ ini dilihat selepas separuh daripada pemainnya beraksi di liga domestik masing-masing membuatkan mereka mengenali corak permainan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, pemain tengah Switzerland, Remo Freuler berkata, ketiadaan tonggak pertahanan Itali, Riccardo Calafiori akibat digantung perlawanan memberi peluang untuk meranapkan benteng pasukan terbabit.

“Saya minta maaf untuk Calafiori, saya mahu bersemuka dengannya dalam perlawanan Ahad ini (awal pagi).

“Sudah tentu, ia akan perlawanan biasa. Di Itali saya membina kerjaya saya, malah Itali juga h sebuah negara yang tenang di mana saya dan keluarga gembira menetap di sana,” katanya.
Itali dan Switzerland berkongsi bahasa yang sama dan perkara itu harus diketepikan untuk melakar kejayaan masing-masing.

Bagaimanapun, skuad Azzuri dilihat gagal mempamerkan aksi mengikut ramalan selepas hanya menang sekali diikuti seri dan kalah.

Untuk rekod, dua pasukan berkenaan mencatat pertemuan sebanyak 61 kali yang mana Itali hanya tewas sebanyak lapan kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN