PETALING JAYA: Harimau Malaya bakal berdepan tugasan ‘berat’ untuk memastikan gawang tidak bolos dalam dua baki aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas penjaga gol utama, Ahmad Syihan Hazmi terpaksa digugurkan ekoran kecederaan. Situasi itu menambah ‘luka’ buat skuad kendalian Kim Pan Gon selepas turut terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain utama seperti Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Romel Morales, Ahmad Syihan Hazmi, Darren Lock, Syafiq Ahmad dan Azam Azmi…