Jangan harapkan ‘wildcard’ sahaja

Jangan harapkan ‘wildcard’ sahaja

MUHAMMAD Azeem Fahmi masih mempunyai peluang untuk meraih slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek menggesa agar atlet negara tidak mengharapkan kuota wildcard untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Watson layak secara merit beraksi di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Sukan Olimpik Sydney 2000 berkata, atlet perlu memanfaatkan setiap kejohanan yang menawarkan tiket ke temasya terbesar di dunia itu.

“Saya berharap mana-mana atlet yang masih ada peluang untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik menerusi kejohanan yang bakal disertai pada masa terdekat ini tidak disia-siakan.

“Penting untuk kita layak ke Sukan Olimpik dan kalau boleh layak secara merit. Bukan apa, jika mahu mengharapkan tiket wild card, atlet terpaksa berebut kerana ia terhad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sukan olahraga dan renang masing-masing diberikan tiket wild card ke Sukan Olimpik Paris sekiranya tiada atlet negara layak ke temasya itu secara merit.

Satu tiket wild card diberikan kepada sukan olahraga bagaimanapun pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi masih berpeluang layak secara merit menerusi dua lagi kejohanan yang bakal disertainya.

Dua lagi wild card diberikan kepada sukan renang bagaimanapun masih terdapat dua lagi kejohanan yang menawarkan tiket ke Paris untuk direbut oleh perenang negara._UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×