Kerajaan teliti kesesuaian kawalan pergerakan pelarian Rohingya - Utusan Malaysia

Kerajaan teliti kesesuaian kawalan pergerakan pelarian Rohingya

AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti kesesuaian pelaksanaan kawalan pergerakan terhadap komuniti pelarian Rohingya di negara ini dengan mengambil kira aspek keselamatan, kedaulatan negara dan hak asasi manusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan berhubung pelaksanaan langkah itu akan mengambil kira kepentingan semua aspek berkenaan.

Beliau berkata, proses pendataan komuniti pelarian Rohingya di seluruh negara kini berada pada fasa pertama yang melibatkan individu di Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, inisiatif menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) itu dijangka memasuki fasa kedua dalam tempoh terdekat.

“Pelaksanaan fasa kedua DPP ini akan memfokuskan kepada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di luar DTI.

“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta pihak berkuasa tempatan sedang giat melaksanakan sesi libat urus bagi tujuan berkenaan.

“Libat urus diadakan bagi mendapatkan maklum balas serta merancang tindakan yang bersesuaian bagi menyelaras isu membabitkan golongan ini di negara ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai status komuniti Rohingya, termasuk jumlah yang dikenal pasti, dokumentasi serta pendekatan strategik bagi menangani isu berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini