Zaid harap Pas ikut jejak Muhyiddin, Syed Saddiq sokong Anwar - Utusan Malaysia

Zaid harap Pas ikut jejak Muhyiddin, Syed Saddiq sokong Anwar

ZAID Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim berharap Pas akan mengikut jejak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun Muhyiddin dan Syed Saddiq pernah mengkritik Anwar pada peringkat awal namun kini mereka sedar Presiden PKR itu berpotensi menang lagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tidak perlu berfikir panjang kerana, jika semua perkara lain adalah sama, Guru sememangnya sentiasa menjadi pilihan berbanding Pelajar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin dan Syed Saddiq kerana menyokong Anwar,” katanya menerusi hanyaran di Facebook hari ini.

Semalam, enam Ahli Parlimen Bersatu memeterai Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan kerajaan, antara lain menetapkan dua reformasi utama perlu dilaksanakan Putrajaya sebagai timbal balas kepada sokongan mereka.

Enam wakil rakyat yang diketuai Presiden Bersatu itu mahu kerajaan memastikan tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan serta peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya diasingkan sebelum berakhir penggal pentadbiran semasa.

Sebagai balasan, enam Ahli Parlimen pembangkang berkenaan akan menyokong Belanjawan 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini