Georgia lakar kejutan, tumbangkan Portugal 2-0

Georgia lakar kejutan, tumbangkan Portugal 2-0

PEMAIN Georgia meraikan kejayaan mereka menumpaskan Portugal 2-0 untuk mara ke pusingan 16 Euro 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GELSENKIRCHEN: Georgia melakar sejarah mara ke pusingan 16 terakhir pada penampilan sulung pentas Eropah apabila menewaskan Portugal 2-0 dalam aksi Kumpulan F Euro 2024.

Pemain Portugal, Antonio Silva menjadi punca untuk kedua-dua gol Georgia dengan jaringan pertama terhasil ekoran Silva melakukan kesilapan hantaran bagi membolehkan Khvicha Kvaratskhelia meledak selepas 93 saat sepak mula.

Silva kemudian dipersalahkan sekali lagi kerana mengasari pemain Georgia di dalam kotak penalti dan Georges Mikautadze menyempurnakan sepakan untuk gol kedua pada minit ke-57.

Portugal yang sudah layak sebagai juara kumpulan, mencipta beberapa peluang tetapi dinafikan penjaga gol, Giorgi Mamardashvili.

Georgia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga dan akan berdepan Sepanyol di pusingan kalah mati, manakala Portugal akan bertemu Slovenia.

“Kami tidak memandang rendah Georgia tetapi memang benar mereka bermain perlawanan terbesar dalam sejarah mereka.Kami bermain perlawanan terakhir apabila kami sudah pun berada di tangga teratas kumpulan dan sukar untuk kami menandingi intensiti mereka.

“Kami melepaskan gol awal yang mana Georgia mahukan dan perlukan. Selepas itu kami hilang fokus atau tidak cukup baik untuk menjaringkan gol dan penjaga gol mereka bermain dengan sangat baik,” kata pengendali Portugal, Roberto Martinez.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN