PETALING JAYA: Peluang yang dimiliki skuad negara ke atas China adalah seimbang dan sebagai tuan rumah, seteru ketat Malaysia itu lebih tertekan berbanding skuad badminton kebangsaan, kata Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menjelang separuh akhir Piala Thomas, esok. “Kita melihat China memiliki kekuatan dalam acara perseorangan, sementara, untuk beregu saya menilai peluang kita 50-50, sebagai tuan rumah tekanan kepada mereka, Malaysia datang dengan tujuan untuk memberikan yang…