Wushu ketandusan atlet pelapis

Wushu ketandusan atlet pelapis

Keyakinan itu disuarakan Fong Ying selepas menyaksikan prestasi semasa wushu negara terutamanya di Kejohanan Wushu Dunia di Brasilia, Brazil, baru-baru ini apabila meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt menzahirkan kebimbangannya apabila skuad wushu negara kini berdepan ketandusan atlet pelapis.

Kim Fatt berkata, pihaknya telah mula menghantar atlet pelapis untuk menyertai pertandingan di luar negara bagi menimba pengalaman untuk menggantikan atlet senior pada masa akan datang.

“Saya berasa bimbang kerana selepas 2018 atlet pelapis negara semakin berkurangan. Atlet senior seperti Wong Weng Son sekarang berusia 32 tahun dan beliau akan bersara tidak lama lagi.

“Sehingga kini, kami menghadapi tempoh kritikal bagi tahun 2025 hingga 2028 kerana pelapis yang ada tidak dapat menandingi atlet senior yang ada.

“Seperti Tan Cheong Min, Sukan Asia yang seterusnya beliau sudah berusia 30 tahun. Jadi, sebelum tiba waktu tersebut, kami perlu mencari atlet yang boleh gantikan tempatnya. Ini yang kami bimbangkan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kim Fatt berkata bagi mencungkil bakat baharu lebih banyak, pihaknya mengadakan beberapa kejohanan untuk menambah bilangan atlet pelapis.

“Buat masa sekarang kami ada enam atlet pelapis. Ketandusan atlet pelapis mula berlaku ketika dunia menghadapi Covid-19 di mana ketika itu ramai ibu bapa tidak mengizinkan anak mereka menyertai kejohanan.

“Bagaimanapun, keadaan sudah beransur pulih sekarang. Persatuan ada membuat kerjasama dengan MSN (Majlis Sukan Negara) untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan di peringkat kebangsaan,” katanya lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN