City ke puncak EPL, belasah Luton 5-1

City ke puncak EPL, belasah Luton 5-1

ERLING Haaland meledak gol ketika membantu Manchester City membelasah Luton Town 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City melonjak ke puncak Liga Perdana INggeris (EPL) selepas membelasah Luton Town 5-1 yang turut menyaksikan Erling Haaland meledak gol ke-20nya musim ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini mengumpul 73 mata, iaitu dua mata dihadapan Arsenal dan Liverpool dengan baki enam perlawanan dalam saingan kejuaraan membabitkan tiga penjuru.

Arsenal dan Liverpool boleh kembali memintas kedudukan berkenaan dengan kedua-dua pasukan berkenaan akan turun melayan kunjungan Aston Villa dan Crystal Palace di laman sendiri hari ini.

Berikut merupakan keputusan penuh Liga Perdana yang berlangsung semalam dan awal pagi ini.

Brentford 2-0 Sheffield United

Man City 5-1 Luton Town

Nottm. Forest 2-2 Wolves

Burnley 1-1 Brighton

Bournemouth 2-2 Man. United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN