TNB sukar digugat, THT tidak mengalah

TNB sukar digugat, THT tidak mengalah

Pemain TNB, Muhammad Danish Aiman (tengah), diasak pemain KL City pada perlawanan suku akhir hoki Piala TNB, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelah kaki untuk melangkah ke separuh akhir Piala TNB apabila membenam Kuala Lumpur City (KL) 7-0 dalam perlawanan suku akhir pertama.

TNB yang masih segar dengan kejuaraan Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 bulan lalu, ternyata berada di kelas tersendiri dan sukar untuk digugat oleh lawan.

Berdasarkan rekod jaringan dan prestasi semasa ana-anak buah Nor Saiful Zaini itu, mereka dijangka tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan dalam pertemuan ulangan pada Ahad ini.

Sementara itu, juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT) juga tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan mudah 5-2 ke atas Liaoning Men’s Hockey Team (LMHT) pada perlawanan suku akhir pertama.

Bagaimanapun THT diberikan tentangan sengit sehingga ke suku ketiga, namun pengalaman yang ada kepada pemain THT ternyata membezakan kedua-dua pasukan di suku keempat.

Sementara itu, dua lagi perlawanan suku akhir pertama menyaksikan Maybank menepati ramalan untuk mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas TNB Thunderbolts dan UiTM HA-KPT terpaksa menunggu sehingga suku keempat untuk bangkit mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Nurinsafi Sporting.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×