Piala Sumbangsih guna VAR

Piala Sumbangsih guna VAR

LIGA Bolasepak Malaysia akan mula menggunakan video bantuan pengadil (VAR) seperti di Eropah sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos penganjuran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor bakal mencipta sejarah apabila bakal menjadi aksi pertama dalam Liga Malaysia (Liga M) menggunakan video bantuan pengadil (VAR).

Piala Sumbangsih atau dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sedang berusaha keras untuk memastikan semua perlawanan musim ini menggunakan teknologi VAR.

Jelasnya, setakat ini MFL mempunyai empat set VAR sekali gus perlu mengatur jadual sebaik mungkin bagi memastikan penggunaan teknologi itu mampu diguna pakai di setiap venue.

Beliau bagaimanapun mengakui perkara itu bukan mudah kerana ia membabitkan logistik untuk membawa peralatan teknologi itu ke setiap venue terutama ke Sabah dan Sarawak.

“Kita sedang cuba sedaya upaya dari perlawanan pertama sehingga perlawanan terakhir, semua perlawanan ada VAR. Ia membabitkan perlawanan peringkat tertinggi seperti Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

“Memang ada untuk kita buat VAR tetapi tak senang termasuk dalam isu logostik tempatan, naik kapal terbang apabila ada game dekat Sabah dan Kuching (Sarawak).

“Kita ada empat set VAR, tetapi kita ada setiap minggu tujuh perlawanan. Apabila buat jadual, penjadualan kita juga perlu ikut ke mana VAR ini akan bergerak seperti dari Kelantan ke Pahang, Terengganu ke Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN